Thursday, 29 June 2017

Lipstik terbaik.. the powder mattes from maybelline

Assalamualaikum..

Haritu sebelum raya aku ada beli lipstik morphie..rm15 kalau tak silap (tak ori)..tapi bila pakai dia macam susah giler nak blend dengan bibir kita..aku terpaksa pakai pelembab bibir dulu baru pakai lipstik tu..dan warna asal lipstik tu pon berubah..Frust! dia akan jadi beketul-ketul kat bibir...tak rata..plus aku ade allergic bibir kalau pakai lipstik tak tentu asal usul ni..

Nak dijadikan cerita harini hati aku memuncak-muncak nak beli lipstik baru akibat ke "frustan" lipstik yg baru beli tapi tak cantik tu (berketul)..so aku pon google la lipstik apa yang best..memula tgk kat huda beauty..tapi warna nya mcm aku x berkenan..pastu tengok  website sasa..nampak la video si assyalie tgh buat tutorial mekap guna brg2 sasa (dia duta sasa).Aku berkenan dengan Assorted Dual Up Tint & Gloss dia..harga pon ada promosi raya..skrg RM60.pastu tak puas tengok dia mekap kat website sasa,pergi tengok kat youtube..

Masa bukak youtube tu aku ternampak pulak si yati sendayu tinggi tu tengah promote Doll lipstik dia around RM32.Dengan segeralah aku keluar ofis (waktu ni tgh masa kerja) pergi ke outlet sendayu tinggi Bangi..sekali tutup pulak..raya la katakan.nak dijadikan cerita kat depan ofis aku ni ade watson baru bukak..Sendayu Tinggi ni pulak kengkadang dia ada hantar produk dia kat watson.(watson terpilih sahaja)..so aku pon singgah la watson baru tu dengan niat nak beli lipstik sendayu tinggi..sekali lagi malang sebab dorang tak de produk sendayu tinggi..

Tapi aku tak berputus asa..aku nak jugak cari lipstik cantik untuk gantikan lipstik haritu..dah alang-alang kat watson aku pon tengok-tengok la brand lain..first sekali aku tengok brand Maybelline..banyak jugak lipstik dia.tapi mata aku tertarik kat satu lipstik ni.. The Powder Mattes.Harga dia RM24..pastu aku try la..pehh tester sume tak bersentuh lagi (kedai baru bukak la katekan)bila dah try pehhh..best giler bak ang..teksture dia lembut sangat.powder la katakan..memula aku try kat tangan je..bila dah terlalu best aku try kat bibir pulak..bila letak kat bibir dia punya lembut alahai tak tau nak describe macam mana..dan bila kita dah pakai kan kita rasa macam tak pakai lipstik pon..teksture dia punya la ringan.best2..dia ada mcam2 kaler..20 kaler kot kalau tak silap..aku berkenan 2.(gambar kat bawah)..next time boleh la beli lagi..harga pon not bad...


aku try gabung kan 2 warna ni..peh meletup weh..terus aku rembat 2 warna ni.kalau tak nak gabung nak pakai satu-satu pon boleh.


1.Touch of nude
2. Technically Pink




Antara warna-warna yang ada.kadang2 tu bila kita tgk depan2 lain sket warnanya




Cara-cara menghilangkan jerawat dengan berkesan

Hai semua..Assalamualaikum..☺️ Ok harini aku taknak share pasal diet..sebab aku tak boleh diet sekarang..im pregnant 6 months yoww..tapi k...