Monday, 30 October 2017

Tukar diet

Assalamualikum..

Dah lama tak tulis blog..banyak benda yang dah tertinggal nak update...sepanjang menyepi ni macam2 benda yang yang jadi..

1.aku dah pandai melukis
2.hiking gunung angsi via bukit putus
3.konvokesyen suami aku
4.mandi manda kat bayu lagoon
5.aku dah tukar cara diet aku

Nanti aku update satu persatu..tapi harini aku nak cerita pasal penukaran diet aku. Dulu aku amalkan diet sendayu tinggi. Aku amalkan minum easyfull dan detox sendayu tinggi.Cara pemakanan aku pon berbeza iaitu aku makan nasi untuk sarapan + lunch tapi dalam kuantiti sedikit dan malam pulak aku minum easyful + detox. Diet tu jadi..tapi aku yang tak konsisten mengamalkannya..

Sekarang aku amalkan diet buah bersama jamu nenek untuk detox. Diet ni aku anggarkan penurunan dia 1kg seminggu...susah jugak diet ni sebab kalau aku dapat bertahan diet dari isnin hingga jumaat pon tapi hari sabtu ahad aku makan macam biasa dia tetap akan naik berat siket..dan hari isnin tu aku kena start diet balik sampai la ke hari jumaat semula.

Cara pemakanan:

sarapan : telur rebus 2 bj
lunch  : buah
dinner : roti + tuna 2 keping @ roti bakar + telur
air masak 3 liter

Berat:

16/10/2017 : 62.6kg
31/10/2017 : 59.3kg

aku ni metabolisma memang rendah..so penurunan tu agak lembab..dan hujung minggu konfirm akan naik..sebab tu aku cuma target 1 kg seminggu sahaja..so sebulan 4kg..nanti aku update lagi pasal diet ni..

Cara-cara menghilangkan jerawat dengan berkesan

Hai semua..Assalamualaikum..☺️ Ok harini aku taknak share pasal diet..sebab aku tak boleh diet sekarang..im pregnant 6 months yoww..tapi k...